Selamat Datang Go UP! Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

PROGRAM

Al Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan satu program pendidikan pra-sekolah berasaskan pendidikan Al Quran. Program ini disediakan untuk kanak-kanak seawal usia empat tahun dengan memberikan bimbingan bagi meningkatkan keupayaan membaca, menghafaz dan menulis ayat-ayat Al Quran dengan Teknik Al Baghdadi yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan.

MATLAMAT, OBJEKTIF & FALSAFAH PENDIDIKAN APC

MATLAMAT

Matlamat Al Baghdadi Playtime Centre bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

OBJEKTIF

Al Baghdadi Playtime Centre menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mempelajari al-Quran serta beberapa aspek lain yang berkaitan dengan perkembangan emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:

  • Mewujudkan pusat perkembangan potensi kanak-kanak berteraskan pendidikan al-Quran.
  • Membentuk perkembangan potensi minda dan intelektual kanak-kanak.
  • Membentuk perkembangan sosial dan perhubungan.
  • Membekalkan kanak-kanak asas ilmu al-Quran.
  • Mendidik kanak-kanak menghafaz surah-surah al-Quran.
  • Mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan al-Quran di dalam kehidupan.
  • Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama dan bahasa Inggeris serta bahasa Arab sebagai bahasa antarabangsa.
  • Mengamalkan saranan al-Quran di dalam kehidupan seharian.

FALSAFAH PENDIDIKAN


Pendidikan al-Quran Prasekolah Teknik Al Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi yang mampu mempelajari al-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan membaca, menghafaz dan menulis ayat-ayat al-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Di samping memberikan asas ilmu bahasa untuk berkomunikasi dan menerokai ilmu-ilmu al-Quran.